Microsoft telah melancarkan versi terbaru sebagai naiktaraf kepada perisian antivirus percuma, Microsoft Security Essentials yang boleh diguna didalam sistem operasi Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Versi terbaru ini boleh didapati dari Microsoft Connect.
Walaubagaimanapun, ianya telah ditarik balik atas sebab-sebab yang
tidak dinyatakan. Anda masih boleh mendapatkan versi terbaru ini dengan
menaiktaraf versi yang lebih lama.
Apa yang menarik adalah, sebenarnya
terdapat dua versi yang bocor sebelum 1.0.1500.0, iaitu 1.0.1407.0 dan
1.0.2140.0. Walaupun versi 1.0.2140.0 adalah lebih baru, anda tidak
akan dapat menggunakan versi tersebut untuk melakukan naiktaraf ke
versi terbaru ini. Anda perlukan versi yang lebih lama, iaitu
1.0.1407.0 yang boleh didapati di laman web Softpedia untuk menaiktaraf
(pautan untuk muat turun disediakan dipenghujung artikel).
Saya tidak nampak sebarang
penambahbaikan yang ketara pada versi ini, hanya ikon sahaja yang
berubah seperti didalam gambar dibawah. Kemungkinan besar versi ini
cuma penambahbaikan kecil dan tidak kritikal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment